Sunday, April 8, 2012

Ride Makan Sampai Lebam 1 April 2012

Pada ahad lepas, iaitu pada 1 April 2012, ROYAL telah menjalankan aktiviti ride makan2 iaitu ride ke rumah Kenduri kahwin abang kepada Zahid, Perasmian Warung TTS dan Kenduri kahwin kakak kepada Zaid.

Ride bermula pada jam 12.00 tengah hari bermula di RV point Dataran Shah Alam ke tempat tujuan pertama iaitu rumah Zahid yang bertempat di Bandar Baru Bangi.

Selepas balik dari rumah Zahid, kami semua pergi berhibur sebentar di Ole-Ole Shah Alam dan selepas itu menjalankan mini TTS di Dataran Shah Alam semula. Sekali lagi Dataran Shah Alam menjadi RV point untuk ke Perasmian Warung TTS.

Seterusnya dari Warung TTS, kami semua ride ke rumah Zaid pula, ada beberapa masalah sepanjang perjalanan tetapi masih dapat berjalan dengan lancar. Selepas sekian lama bergelak ketawa di rumah Zaid, kami pun bersurai ke tempat masing2....

Layan gambar dulu....

RV point di Mobil BB Bangi

Sampai sudah di rumah Zahid

Dapat meja paling special..meja pengantin tu....



Ok...bersiap sedia untuk balik
Melancong ke mana pulak ni?
Ini ke kejenye...ish3
Mini TTS sebelum ke Warung TTS


Inilah dia Warung TTS







Buat apa tengah2 jalan ni?
Sampai pun rumah Zaid...tuan rumah yg baju hijau tu...
Perkara biasa bila jumpa...bergelak tawa la...

Monday, March 26, 2012

ROYAL with ARC Ride to ARC 1000 Bikes Event

Pada ahad lepas iaitu pada 26 Mac 2012 telah berlangsung satu lagi event ROYAL iaitu mengikuti konvoi anjuran Alternative Riding Club (ARC) ke event ARC 1000 Bikes. Konvoi bermula di dataran Shah Alam iaitu tapak permulaan konvoi ke event tersebut yang terletak di Stadium Kuala Selangor.

Hatta mewakili ROYAL untuk mengumpul ahli ROYAL di dataran Shah Alam manakala Mizwan mengetuai group dari dataran merdeka. Konvoi tiba di stadium tersebut sekitar jam 11.00 pagi, walaupun tersasar dari jadual sebenar namum event tersebut tetap meriah.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah pengumpulan 1000 buah motorsikal, penukaran minyak enjin percuma kepada 400 pendaftaran terawal dan mini ARC Trackday iaitu sesah track bersaiz cubprix dengan percuma tanpa sebarang syarat.

Dalam event ini juga, penasihat, presiden dan naib presiden ROYAL melibatkan diri dalam penukaran minyak percuma dan beberapa ahli ROYAL juga berlumba dalam track secara halal antaranya ialah saya, zaid, danny, acap, digi dan abg ijan. Semua hebat2 belaka, insyaallah nanti mereka juga akan join event ROYAL pada bulan 5 iaitu ROYAL Trackday.

Event tersebut berakhir sekitar jam 6 dan selepas itu beberapa ahli ROYAL membuat TTS kecil di restoran sekitar pekan Kuala Selangor. Konvoi pulang ke tempat masing2 pula sekitar jam 9, awal sikit sebab ada yang dah 1 hari tak tidur.

Layan gambar dulu............

RV Point di Dataran Shah Alam...tak kira jenis motor...jalan je...

Isi minyak dulu jap
Tunggu yang lain isi minyak dulu

Lama tul tunggu...tak sabar dah nak gerak nih
Sampai pun akhirnyaa....
Antara rider dari ROYAL
Booth2 yang telah tersedia
Kaunter pendaftaran club ARC...kene daftar dulu baru dapat minyak free
Pomen2 dari ROYAL dan United Shark sedang menjalankan tugas
Bersusun motor..tak kira apa jenis kita BERSATU!!!

Berapa panjang deretan motor kat sana...
Booth ARC Racing Team...Insyaallah lepas ni ada pulak booth ROYAL Racing Team
Deretan motor Cubprix YYPang
Baru lepas setting moto...apa lagi, kasi masuk laa...
Jom teka siapa rider ni?
Coverset stendet pon masuk track tau...pebarang pakai coverset fancy2 pastu bwk jalan2 je...haha
Pepah jee..
Pepah Lagi!
Rider trek ROYAL aka tukang tuka minyak itam tersadai dah lepas habis event...

Gambar Ihsan dari Mohd Zahid...Terima Kasih banyak bro...

Itu sahaja gambar yang ada...kalau ada lagi boleh post di FB club kami dan akan di-upload juga di sini...

Sekian laporan dari saya, Karam Di Laut, Asam Di Darat....

Sunday, March 18, 2012

Selesai sudah Ride Back to Nature Bagan Lalang

Alhamdulillah. Selesai sudah event pertama club kita walaupun ada beberapa masalah yg tidak dapat dielakkan, tapi event ini masih berjalan dengan lancar.

First of all, banyak2 terima kasih diucapkan kepada AJK2 ride ini yang menjalankan tugas dengan penuh cemerlang dan terima kasih tidak terhingga kepada anda2 yang lain yang menyertai Ride ini.

Ride ini disertai seramai 24 buah motorsikal, Sebuah kereta, dan 4 penumpang menjadikan kesemua yang join ride ini adalah seramai 29 orang.

Ride ini dimulakan dari Shell Tol Sg Besi dan berhenti sebentar di Checkpoint Tol Nilai untuk regroup dgn rider dari selatan dan konvoi beramai2 ke bagan lalang.
Di sana ada beberapa aktiviti yg dijalankan seperti sukaneka dan aktiviti beramas mesra serta ada lagi beberapa aktiviti sampingan di tengah malam.
Di hari kedua kami mengisi borang keahlian club dan bersiap untuk balik ke tempat masing2.

Layan gambar dulu...

2 bijik moto yg sampai dulu

Dah siap pasang khemah semua (cari benda tersembunyi)...hehe
Malam sudeh...makan kt foodcourt luu
Makan2 je trus tido...hmm
Berakhir malam sehari sebelum ride...
Suasana pagi esoknya (versi di bagan lalang)
Pagi esoknya (di RV Sg Besi)..safety first bro~
Regroup di tol Nilai..pastu terus gerak ke bagan
Sampai pun akhirnya...
Sampai2 terus pasang khemah...rajin betul abam nih
Abam ni bnyk btul buat keje...penat...minum luuh~
Ada yg terbongkang dah...penat woo dari melaka...
Tgh merawat oku..mmbe sorg pelik dah...hmm
Makanan tengah hari...amik kau...
Dah makan rehat dulu jap...kang nk berlari2 plak..
Taklimat oleh organizer sukaneka
Kasi ikat dulu...Bermula game first round...
Woi...main tipu...telur hilang haa
Patut ler boleh menang...tapi first round je...haha
Second round...terbalik plak
Macam nak gaduh je...last2 geng baju hijau oren kalah...haha
Langgar2...dah macam bersilat pulak aku tengok
Payback time! organizer pulak kene buli...
Mumia hempuk abam supar dgn bata...haha
Aik..bangun balik..larat ke ko angkat dia...haha
Geng2 yg x main...untunglaa...
Main air jap sebelum final round
Sementara tu...oku terima nasihat jap dari doktor disiplin
Okeh...mula dah final round
Ni apsal dok diam je bang?
Sementara tu...abg ijan wat line utk main bola jap...
Dah penat main...makan luuh...
Takde nk buat ape...dorg ni pegi jalan2 jap...pegi tak ajak weh
Rider paling jauh...dari pahang tuu...terbaek la bro...
Malam pun menjelma....
Bakar line dulu jap...bakar2 BBQ jela...

Siap pon...nyum2~
Sementara tunggu makan tu, dengar taklimat jap...
Macam ceramah kongsi gelap dah...

Boring dengar ceramah...melantak kerang bakor dulu
Time ni semua org pegi mana tah...aktiviti sampingan di tengah malam kot
Susun motor baek punya rapat sebelum tido...cuba cari binatang tersembunyi...
Keesokkan paginya...cuaca amat baik...tapi air surut pulak...
Sedap tido ye bang...
bangun2...tengah hari dah nih...
Geng2 yg dah bangun awal...layan pemandangan dulu~
Sarapan nasi lemak singgit...besar tuu...
Ape lagi...kasi pulun la..lapar nih...
Barisan AJK ROYAL...sume muka bangun tido..haha
Bos besar edarkan borang pendaftaran club
Susun motor dulu...perbarisan diperiksa oleh RELA
Okeh...cun...amik gambar dulu...kecinggg~


Dah lepas gerak...lepak dulu kat tol nilai utk bersalam-salaman


Okeh...bersurai sudah...jumpa lagi di lain masa