Monday, March 26, 2012

ROYAL with ARC Ride to ARC 1000 Bikes Event

Pada ahad lepas iaitu pada 26 Mac 2012 telah berlangsung satu lagi event ROYAL iaitu mengikuti konvoi anjuran Alternative Riding Club (ARC) ke event ARC 1000 Bikes. Konvoi bermula di dataran Shah Alam iaitu tapak permulaan konvoi ke event tersebut yang terletak di Stadium Kuala Selangor.

Hatta mewakili ROYAL untuk mengumpul ahli ROYAL di dataran Shah Alam manakala Mizwan mengetuai group dari dataran merdeka. Konvoi tiba di stadium tersebut sekitar jam 11.00 pagi, walaupun tersasar dari jadual sebenar namum event tersebut tetap meriah.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah pengumpulan 1000 buah motorsikal, penukaran minyak enjin percuma kepada 400 pendaftaran terawal dan mini ARC Trackday iaitu sesah track bersaiz cubprix dengan percuma tanpa sebarang syarat.

Dalam event ini juga, penasihat, presiden dan naib presiden ROYAL melibatkan diri dalam penukaran minyak percuma dan beberapa ahli ROYAL juga berlumba dalam track secara halal antaranya ialah saya, zaid, danny, acap, digi dan abg ijan. Semua hebat2 belaka, insyaallah nanti mereka juga akan join event ROYAL pada bulan 5 iaitu ROYAL Trackday.

Event tersebut berakhir sekitar jam 6 dan selepas itu beberapa ahli ROYAL membuat TTS kecil di restoran sekitar pekan Kuala Selangor. Konvoi pulang ke tempat masing2 pula sekitar jam 9, awal sikit sebab ada yang dah 1 hari tak tidur.

Layan gambar dulu............

RV Point di Dataran Shah Alam...tak kira jenis motor...jalan je...

Isi minyak dulu jap
Tunggu yang lain isi minyak dulu

Lama tul tunggu...tak sabar dah nak gerak nih
Sampai pun akhirnyaa....
Antara rider dari ROYAL
Booth2 yang telah tersedia
Kaunter pendaftaran club ARC...kene daftar dulu baru dapat minyak free
Pomen2 dari ROYAL dan United Shark sedang menjalankan tugas
Bersusun motor..tak kira apa jenis kita BERSATU!!!

Berapa panjang deretan motor kat sana...
Booth ARC Racing Team...Insyaallah lepas ni ada pulak booth ROYAL Racing Team
Deretan motor Cubprix YYPang
Baru lepas setting moto...apa lagi, kasi masuk laa...
Jom teka siapa rider ni?
Coverset stendet pon masuk track tau...pebarang pakai coverset fancy2 pastu bwk jalan2 je...haha
Pepah jee..
Pepah Lagi!
Rider trek ROYAL aka tukang tuka minyak itam tersadai dah lepas habis event...

Gambar Ihsan dari Mohd Zahid...Terima Kasih banyak bro...

Itu sahaja gambar yang ada...kalau ada lagi boleh post di FB club kami dan akan di-upload juga di sini...

Sekian laporan dari saya, Karam Di Laut, Asam Di Darat....

No comments:

Post a Comment